Tuesday, August 23, 2011

Hukum menggabung nama??

GABUNG NAMA TU HARAM.. REALLY?? HMM.. TADI TENGAH2 AQ CARI PENGERTIAN NAMA DALAM ISLAM.. ADA LINK SAL HUKUM MGABUNG NAMA SESAMA COUPLE... AQ CLICK.. TADDAA.. NI JAWAPAN DYA... HURMMM...



SOALAN
1 ) ade student tanye sy apa hukum menggabungkan nama sesama couple ? cth: yg lelaki jamal dan yg perempuan milah so jadilah jamila. Kemudian budk2 skrg punye la loving sampi buat key chain , lukis kat tangan nama tu etc . Jadi ade hukum tak @ didiamkan oleh syarak ?

JAWAPAN

Tidak ada larangan untuk ‘mereka cipta’ nama atau kombinasi nama, seperti mencipta nama syarikat. Cuma apa tujuannya? Implikasi yang bahaya adalah percampuran wanita dan lelaki yang bukan mahram, bukan penciptaan nama tersebut. Inilah yang disukai syaitan, maka macam-macam jenis pembaziran dan kemaksiatan yang akan dicadangkannya. Begitu juga jangan sampai melukis nama ditangan yang akan berupa tatoo pula, dsb. Banyak implikasi negatif yang akan timbul akibat dari percampuran bebas yang diistilahkan sebagai ‘loving’.

Apabila seorang lelaki sudah ada perasaan terhadap seorang wanita, tidak ada jalan penyelesaian lain (eg: nak buat gelang dsb) melainkan perkahwinan. Sabda Nabi saw

لم نرَ للمتحابَّيْن مثل النكاح

“Tidak ada apa yang kami lihat pada kedua-dua yang menyintai satu sama lain melainkan PERNIKAHAN” [Hadith Riwayat Ibn Maajah; al-Busairi mengkelaskan sebagai sahih].

Nasihatkan mereka agar jangan membazir2, dan tumpukan perhatian kepada pelajaran, dan kalau berhajat, terus nikah. Sila lihat link dibawah :-

SJ-13-0009 : CINTA ITU BUTA
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26556

Ada juga yang bertanya, boleh ke jika hendak diberi nama anak dengan menggabung nama? Jawapannya jika nama yang hendak diberi mempunyai makna yang baik, maka tiada halangan.



HURMM.. KALU OPINION YG DALAM KPALA AQ SEKARANG NI, EVEN APA SKALI PUN WE WANT TO.., ITS ALL BEGIN WITH 'NIAT' LA... ITU YANG PALING PENTING... KANNN....~ :)

'ISLAM ITU MUDAH.. ISLAM ITU INDAH...' .^_^

No comments:

Post a Comment